Aku bangga dengan mak aku..walau umur dia dah nak masuk 69 tahun tapi aku tengok muka dia macam makcik berumur 50 tahun jer..aku harap aku pun dpt tempias awet mudanya lah...hehehe...Alhamdulilah mak aku sihat, cuma kakinya je tak berapa nak kuat...mungkin kesan masa mak muda2 dulu..dia aktif berpersatuan and boleh dikatakan orang kuat cawangan sebuah parti ni...(rahsia)..
Teringat masa musim nak pilihanraya, mak aku dengan payung jalan kaki pi rumah ke rumah org untuk raih undi...memang mak aku seorang pejuang yang bukan pejuang yang hanya cakap, lepas tu dapat duit, mak aku nak dekat 20 tahun lebih sebagai pejuang hidup dia tak pulak kaya macam pemimpin sekarang ni, sat je naik jadi Ketua dah mewah giler...aku heran gak..heheheh...
Aku penah kata kat mak aku apa yang mak dapat sampai mak sakit2 ni masuk parti tuuttt.....stakat dapat payung je....
Mak aku dengan nada yang tegas menjawab 'aku berjuang untuk agama dan bangsa, bukan sebab harta!'...terdiam aku...huhuhu
Jadi, kepada para pejuang muda, patutnya jadilah seperti mak aku ni, memang telus..kalo mak aku bleh bertanding kat Permatang Pauh, best gak..bleh aku interframe......hahahhahaha
ni lah gambo mak aku dengan beberapa pemimpin negara......Mak!!!!!! sayang sangat kat makkkkkk!!!!!Selamat hari lahir!!!!!
Ibu,
Bagai rembulan yang bersinar di pentas dunia
Kaulah cahaya, kaulah penyeri hidup anakmu ini.
Ibu,
Kehadiranmu amat diperlukan
Dakapanmu memberi aku kekuatan
Senyumanmu memberi seribu kemanisan
Ibu
Janganlah kau bersedih
Kerana kesedihanmu melukakanku
Ku pohon pada Ilahi agar ibu kesayanganku terus mengukir senyuman kebahagiaan selamanya…
No comments:
Post a Comment