Cabaran...tangani atau tinggalkan?

Kali ini, aku teringin nak berkongsi sedikit apa yang ada di kepala hotak aku dan apa yang aku lalui selama aku hidup di dunia ini...

Cabaran..memang terlalu byk cabaran yg pernah aku tempuh dan it still keep coming and going..ceewahh..speaking london plak...huhu

Cabaran hidup..perlu kita tangani atau tinggalkan saja..umpama kita nak melompat di longkang yg lebar, kalau takut kita blah,tapi kalau berani kita lompat je lah..dan semasa kita nak melompat tu mesti ada yang kata, 'jangan, jangan lompat Hawa, nanti jatuh' dan ada yang kata, "it ok hawa,cuba lompat"...so nak dengar yang mana?..Jawapannya terletak di tangan Hawa lah..sape Hawa tu??hehehe...


So,aku slalu di datangi dengan pelbagai cabaran..dan ada yg membuatkn aku sampai give up masa tu...Tapi semakin meningkat dewasa ni, aku bleh lah handle skit..at least matang skit untuk harunginya...apa pun cabaran yang datang, terpaksa kita lalui mahu atau tidak, sebab dah takde jalan lain...so yang membezakan kita adalah cara untuk kita tangani..kadang2 ada org yang cool je bila di datangani ujian ke atau benda yang surprise..(aku dah kenal dah org macam ni..mmg aku salute)..pada aku, skarang segala2nya aku serah je pada Pencipta aku yg Maha Agung iaitu Allah Taala.


Aku nak minta yang terbaik untuk diri aku...itu dah cukup..


Sekarang ni status aku dah tambah satu lagi..so aku harap aku dapat adapt dengan status baru aku...Doakanlah kejayaan aku..Amin.


Kematian dan Perpisahan...

aku dikejutkan dengan berita seorang student practical yang buat practical kat tempat aku keja...memang terkejut..sebab dia meninggal 2 hari selepas dia tamatkan latihan practicalnya..muda lagi beb..dan yang paling aku kagum dia meninggal semasa tido..memang dia seorang budak yang baik dan aku yakin dia anak yang soleh...terbayang2 aku masa nak offer dia keja kat tempat aku sbb aku tengok dia memang berpotensi jadi pekerja yang produktif dan boleh di harap...'nape ko tak nak keja kat sini?'...selalu aku tanya soalan tu pada dia..dia tak dpt beri apa2 alasan cuma dia kata offer orang lain dulu...aku tanya kenapa..dia masih tak bg jawapan...aku tanya pasal gaji? bukan...pasal jawatan? pun bukan? pasal transport? pun bukan jugak...dan last word yang aku teringat dia kata...takpelah akak, lepas ni hari2 dia akan datang opis tapi bukan sbg pekerja, tapi tetamu....aku jwb..alah..alang2 jadi pekerja je lah...isk...aku tak paham waktu tu, tapi sekarang aku dah paham...dia tahu dia nak pergi meninggalkan dunia yg fana ini...untungnya dia..detik hati aku...
aku terus insaf dan aku berdoa agar aku apabila aku meninggalkan dunia ini dalam keadaan yang baik dan sempurna sepertinya juga...
Dan waktu itu juga aku bertanya pada diriku...cukupkah amalanku?masih byk lagi yang perlu aku perbaiki...
Pada semua adik beradik ku, sedara2ku, anak sedaraku, kawan2 ku...maafkanlah segala dosa aku selama ini sekiranya pernah keterlanjuran kata sebab aku ni memang cakap kadang2 tak sedar terkasar dan sebagainya....

Al-Fatihah buat Hasrul Bin Hassan..semoga rohmu di cucuri rahmat..Amin!!

Antara Cinta dan Pengorbanan

wah..kali ni just nak kongsi sesuatu yang mungkin berat untuk dibaca atau dihayati,,,kalo dalam drama lebih kurang drama beratlah...

Antara Cinta dan Pengorbanan...mana yang kita akan pilih?Cinta..satu perasaan kasih dan sayang pada seseorang...tapi kalo orang tu cinta pada sesorang itu, adakah dia sanggup berkorban apa sahaja pada kita? aku rasa tak semestinya...tapi, jika seseorang itu sanggup berkorban apa saja pada kita, aku pasti dia cintakan orang tu...setuju tak?

So, moralnya di sini adalah sesuai dengan 'action speak louder than words'....perlakuan sesorang itu adalah kuasa yg dapat menawan hati seseorang.......

So, pada yang sedang bercinta atau pun dah berkahwin...tunjukkanlah perlakuan dan pengorbanan anda bagi membuktikan ketulusan cinta anda!!!..

KEnangan Bulan Ramadhan

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

bermula bicara aku....(dengan nada yang amat sopan)...hehehe

erm..bulan Ramadhan...mmg banyak meninggalkan kenangan pada aku....

Waktu aku darjah empat (Kalo tak silap aku) aku penah gak curi2 minum air....dulu masa aku kecik2 kat umah, aku dan anak sdara aku mempunyai tugas mengurus rumah..aku di bahagian depan iaitu meliputi bilik mak aku, ruang tamu, ruang tv dan halaman rumah dan anak saudaraku (along) di bahagian dapur dan bilik kami....


aku tak larat sgt masa tu sebab kena menyapu bukan pakai vacuum, atau penyapu lantai tu.. tapi pakai penyapu lidi tau (sbb mak aku suka pakai karpet)..jadi masa aku siram pokok bunga (org johor cakap jirus pokok) aku melihat ke kiri dan ke kanan sebelum mengacukan paip air ke mulut ku...huh..lega...tapi lps tu aku menyesal plak sbb bukan besh pun air tu....erm...


Kenangan manis yg banyak mengajar aku tentang erti kepayahan mencari rezeki ialah mak aku setiap kali Ramadhan, akan jual kuih dan aku ditugaskan menjala roti jala....(erk aku panggil menjala je lah)...pergh...penat beb dekat 6 jam aku berdiri menjala....tapi yg sronok bila setiap hari roti jala aku abis terjual tau..(rekod kuih tak penah tak abis tu...)roti jala aku unik skit..tak bleh bgtau nnti ada org curi hak paten terpelihara aku...


Yang manis jugak kenangan Ramadhan aku dulu ialah masa tu aku bertarawih ngan mak aku...MAsjid kat umah mak aku tu dekat giler, kira 20 langkah dah sampai..biasalah remaja, susah skit nak khusyuk solat..(skang pun tak bape nak khusyuk..heheh)..tiba2 tengah dok baca Al-Fatihah aku dengar bunyi motor sang kekasih pertama aku dulu kat depan masjid tu...(syyy...dia ni cina mmg lah tak solat)...pergh..tetiba hati berdebar2 jer....(betapa aku ni terror sbb bunyi motor je aku dah cam tuh...)....tak sabar nak habiskan solat ni..(hati nakal aku berbisik) tapi aku habiskan gak.....huhu...bila aku melangkah masuk sahaja ke rumah aku, akak iparku terus memekik 'surprise'!!!! sambil menghulurkan jambangan 12 kuntum bunga dan rantai kristal swa.... (isk tak geti nak eja lah..)pergh...rupanya ari tu birthday aku.....berbunga ati aku dpt hadiah di bulan Ramadhan....


MMg tu semua kenangan terindah dan aku percaya owg
kata cinta pertama sukar untuk kekal lama
sebab ia terlalu sempurna
dan cinta pertama juga sukar untuk dilupa.....cewahhhhhhh....ktkj 143

IBU SEINDAH HIASAN DUNIA

aku rinduuu sangat dengan mak aku walau pun baru je balik JB awal 6/8-9/8 ari tuh...tapi tak sempat nak tido bawah ketiak mak aku sebab masa tu ada majlis pernikahan anak sdara aku. Erm, Birthday mak nak dekat jugak 23hb September ni genap mak aku berumur 69 tahun..
Aku bangga dengan mak aku..walau umur dia dah nak masuk 69 tahun tapi aku tengok muka dia macam makcik berumur 50 tahun jer..aku harap aku pun dpt tempias awet mudanya lah...hehehe...Alhamdulilah mak aku sihat, cuma kakinya je tak berapa nak kuat...mungkin kesan masa mak muda2 dulu..dia aktif berpersatuan and boleh dikatakan orang kuat cawangan sebuah parti ni...(rahsia)..
Teringat masa musim nak pilihanraya, mak aku dengan payung jalan kaki pi rumah ke rumah org untuk raih undi...memang mak aku seorang pejuang yang bukan pejuang yang hanya cakap, lepas tu dapat duit, mak aku nak dekat 20 tahun lebih sebagai pejuang hidup dia tak pulak kaya macam pemimpin sekarang ni, sat je naik jadi Ketua dah mewah giler...aku heran gak..heheheh...
Aku penah kata kat mak aku apa yang mak dapat sampai mak sakit2 ni masuk parti tuuttt.....stakat dapat payung je....
Mak aku dengan nada yang tegas menjawab 'aku berjuang untuk agama dan bangsa, bukan sebab harta!'...terdiam aku...huhuhu
Jadi, kepada para pejuang muda, patutnya jadilah seperti mak aku ni, memang telus..kalo mak aku bleh bertanding kat Permatang Pauh, best gak..bleh aku interframe......hahahhahaha


ni lah gambo mak aku dengan beberapa pemimpin negara......Mak!!!!!! sayang sangat kat makkkkkk!!!!!Selamat hari lahir!!!!!
Ibu,
Bagai rembulan yang bersinar di pentas dunia
Kaulah cahaya, kaulah penyeri hidup anakmu ini.

Ibu,
Kehadiranmu amat diperlukan
Dakapanmu memberi aku kekuatan
Senyumanmu memberi seribu kemanisan

Ibu
Janganlah kau bersedih
Kerana kesedihanmu melukakanku
Ku pohon pada Ilahi agar ibu kesayanganku terus mengukir senyuman kebahagiaan selamanya…

Puitis untukmu
















Selamat tinggal kenangan terindah..
Janjiku takan mengingatimu lagi
kerna kau terlalu sempurna
mengingatimu hanya membuatku sengsara


Pergilah kau..
ku rela kau pergi sejauh mungkin
agar aku tak dapat menjejakimu lagi


Terima kasih atas segala dusta
Terima kasih atas segala derita
Terima kasih atas segala citra yg kau cipta

kekasih gelap

wah..tetiba jer nak tulis topik ni...apsal ntah...hanya Allah je tau...maybe ada antara kita yg ada kekasih gelap..makna kekasih gelap pada aku ialah insan yang kita syg tapi dia jadi gelap sebab dia atau kita dh ada yang punya. (ni tafsiran akulah)...mungkin ada yg pernah alami termasuk seorang kawan aku tuh...sian dia, sampai skang tak leh lupakan mamat sorang tu...tulah, kadang2 sian kat pompuan...lepas dah terjatuh cinta, dah sayang giler, tup tup lelaki tu terus blah menonong jer...hehehe..kalo aku kena, aku trajang masuk longkang tak pun aku hayun sampai ke bangkok...apa pun, mungkin semua ni dugaan tuhan untuk melihat sejauh mana kita boleh mengelak dari tergoda dengan tipu daya syaitan....tapi yang bagusnya, kadang2 kekasih gelap ni boleh bagi kita inspirasi dan kdg2 boleh menghancurkan kita..jadi berhati2..tapi kenapa susah nak di lupakan ek?sian kawan aku tuh...tapi dia kata, kekasih gelap dia berada jauh di sudut hati dia, dok diam2 kat situ...hehehhe...kesian lagi...kepada kekasih gelap kawan aku ni, janganlah buat kat kaum aku yg lain mcm tu lagi tau...dah pandai mulakan, tapi penghabisannya camtu jer..at least buatlah kawan aku tu benci ke, apa ke so senang skit dia nak melupakan....jadi pada kawan2 len, awas dengan kehadiran kekasih gelap di tempat anda!!!!hahahhahahaha

Sekadar renungan

Alhamdulilah..pagi ni aku dan rakan2 telah di tazkirahkan oleh seorg captain yang aku kagum sgt2..captain ni dikenali sebagi ustaz jugak, tapi aku dah terbiasa panggil dia capt..so kami bertanya tentang masalah dunia dan negara..chewahhhh...jadi panjang jugak captain tu memberikan kami input yang pada aku amat berguna dan perlu dikongsi..
sebenarnya, apa target sebenar kita hidup?erm...dalam kepala hotak aku nak jadi kaya raya...hehehe..tapi bila captain tu berbicara dan memberi perumpamaan, aku terfikir..betul lah..

hah, apa target korang?mungkin ada nak anak,nak kawen, nak keta besa, nak umah dan macam2 lagi nak kan?Captain tu kata, kalo kita nak duit banyak, sebenarnya duit takkan cukup..walau banyak mana sekali pun kita dapat still tak cukup..aku akui kata2 capt tu sebab dulu gaji aku besau pun aku tak cukup, gaji kecik pun tak cukup...pastu capt tu bagitau sebenarnya, kita ni macam dalam penjara....kita dok dalam penjara, terpenjara dan banyak yang dilarang buat, kena jugak kerja tapi makan tetap akan bagi secukupnya dan bila kita keluar penjara, habuan kita dok buat kerja dulu2 akan di beri pada kita (selonggok tu, tak ke banyak)...dan umpama kita ni lah..banyak hukum hakam, dan larangan...tapi rezeki tetap Allah akan bagi secukupnya untuk kita....apa yang kita lakukan, ganjarannya akan diberi di akhirat nanti.....
ermmmm....target yang sepatutnya kita aim adalah KEREDHAAN ALLAH...itulah yang sepatutnya....dan mulai hari ni, aku nak try ubah target akulah....Ya Allah, redhailah hamba yang hina ini, amin....

PEMERHATI BILIS

Aku merupakan anak Malaysia yang dilahirkan pada tahun 80-an..
Dahulunya aku tidak pernah berminat untuk mengetahui situasi politik negara sebab aku malas nak baca surat khabar dan subjek yang paling aku minat ialah tengok gossip2 artis..hehehe..tapi semuanya berubah pada akhir tahun 2006, di mana aku mengalami peristiwa yang membuka mata aku kepada perilaku seorang hamba Allah. Selepas itu, aku terus berminat menjejaki segala peristiwa dan keadaan politik semasa.
Dan selepas hampir dua tahun aku 'berguru' dengan akhbar harian, media elektronik dan tidak di lupa laman web, aku dapat kesimpulan ini.
Kesimpulannya yang boleh aku katakan adalah 'KEKECEWAAN YANG TERLAMPAU' berkenaan situasi politik negara. Kerajaan dengan cara Kerajaan, Pembangkang dengan gaya pembangkang dan mangsanya adalah rakyat yang semakin Tunggang Langgang.
Rakyat memerlukan pemimpin yang dapat memimpin kami dengan TELUS,Benar dan BIJAK.
Rakyat perlukan pemimpin yang bukan hanya tahu membangkang tetapi melaksanakan amanah yang terbentang.
Rakyat perlukan pemimpin untuk kesejahteraan kami, bukan memusnahkan kami.
Sesungguh-sungguhnya pada pendapat aku, seorang pemimpin perlu memuhasabah diri dan mengamalkan ajaran agama agar ia menjadi penyuluh bagi mereka untuk memimpin rakyat kepada jalan yang benar dan selesa bukan ke hutan belantara yang penuh DURI dan SENGSARA.......
Ni pendapat aku lah..suka ati aku nak kata apakan...heheheehe..daaaaaaaaa

Sinar Bahgia!!!

Alahamdulilah....setakat ini aku dah dapat merasai perubahan-perubahan yang bakal merubah segalanya..hah nak tau?biarlah rahsia dulu...hehehe..cuma nak bagitau klu ajer...Aku yakin, Allah tu Maha Adil dan mampu buat apa saja...dan aku yakin semua ujian yang Allah beri padaku ada hikmah di sebaliknya, aku yakin dan pasti... sebelum ni memang aku rasa aku tak kuat hadapi semua ini, tapi Alhamdulilah lama kelamaan masalah yang timbul akan berakhir apabila kita serahkan saja pada Dia yang Maha Kuasa...
Erm aku nak kongsi doa khususnya untuk orang yang banyak hutang macam aku...aku berdoa agar diberi rezeki dan segala hutang aku akan terlangsai...aku baca artikel doa ni dalam sebuah akhbar tempatan dan aku rasa memang bagus untuk dikongsi oleh semua yang macam aku ni...Doa ni sebaik2 nya dibaca sebelum nak tidur. semoga Allah memudahkan kita....
'Ya Allah,yang mempunyai kuasa pemerintah.engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang kau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang kau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan siang ke dalam malam.Engkau juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki tanpa hitungan hisabnya....Amin...

Amalkanlah dan yakinlah segala-gala yang terjadi atas diri kita adalah kehendak Allah dan ada hikmah yang ingin Allah tunjukkan kepada kita...pergh,,,,,rasa cam penceramah lah plak...tapi apa pun aku cuma nak nyampai ilmu untuk kalian....wallahualam.....

DIA

erm..apa khabar agaknya 'Dia'..aku harap dia berbahagia di samping keluarga tersayang....aku nak ucapkan terima kasih pada dia kerana dialah yang memberi aku semangat untuk berjuang dan berjaya...tapi skang ni, aku blum berjaya lagi lah...cuma aku janji dengan dia bila umur aku 32 tahun, aku akan pastikan kejayaan itu milik aku, insyaallah...kepada dia juga, aku cuma nak katakan aku rindu, tapi rindu aku tu sebenarnya tak patut sebab "dia bukan untukku"...aku tau, dan aku pun tak nak semua ni terjadi, tapi apo nak dikato, segalanya mungkin ujian untuk aku...takpelah, aku akan ambil dan pikir secara positif untuk kemajuan diri aku ni....erk...apa aku nak buat ek...ermmm tunggu........:)

SAHABAT & PERPISAHAN

Sahabat..anugerah yang tak ternilai dan amat TERINDAH...Tapi sukarnya untuk aku terima hakikat PERPISAHAN ini....
Cuma satu harapanku, semoga KEBAHAGIAAN yang HAKIKI menemani diari hidupmu setiap tika dan waktu........salam perpisahan....

nekad

aku nekad untuk berubah dan merubah nasib...tapi what my first step ye..argh...tak taulah....tapi yang pasti, aku nak duduk kat umah baru aku...yihaaa....bila ek...entahlah...lagi cepat, lagi bagus...then baru aku pikir apa yang kelebihan aku yang bleh buat duit...hehehehe...Insyallah!!segalanya mungkin dan tiada yng mustahil kalo kita berusaha dan niat kita tak terpesong......semoga segalanya akan menjadi realiti yang pasti dan bukan mimpi di siang hari!!!

Dunia..dunia

erm...tersentak rasanya bila mendengar pengumuman minyak naik...naik minyak lah kepala hotak aku ni nak pikir macam2...entahlah..aku pun jadik bengong sejenak memikirkan kesilapan diri aku ni sebelum nak salahkan org..tapi aku cuma mampu mengharap yang gelap akan kembali bersinar walau pun masih sukar nak aku nampak cahaya itu yang bersinar dalam terang...Pengharapan aku cukup pada Allah, agar permudahkan segalanya....Amin
"Success is often the result of taking a misstep in the right direction".
Al Bernstein


"Don't worry about people stealing your ideas. If your ideas are any good, you'll have to ram them down people's throats".
Howard Aiken

"If the career you have chosen has some unexpected inconvenience, console yourself by reflecting that no career is without them".
Jane Fonda

MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

MOTIVASI@MOTIVATION

1 . Marry the right person. This one decision will determine 90% of yourhappiness or misery.
2. Work at something you enjoy and that's worthy of your time and talent.
3. Give people more than they expect and do it cheerfully.
4. Become the most positive and enthusiastic person you know.
5. Be forgiving of yourself and others.
6. Be generous.
7. Have a grateful heart.
8. Persistence, persistence, persistence.
9. Discipline yourself to save money on even the most modest salary.
10. Treat everyone you meet like you want to be treated.
11. Commit yourself to constant improvement.
12. Commit yourself to quality.
13. Understand that happiness is not based on possessions, power or prestige, but on relationship with people you love and respect.
14. Be loyal.
15. Be honest.
16. Be a self-starter.
17. Be decisive even it it means you'll sometimes bewrong.
18. Stop blaming others. Take responsibility for every area of your life.
19. Be bold and courageous. When you look back on your life, you'll regret the things you didn't do more than the ones you did.
20. Take good care of those you love.
21. Don't do anything that wouldn't make your Mom proud

Get cool stuff @ NackVision.com