Hi!!Welcome to my blog....luahan hati, motivasi diri,sajak dll semuanya akan dipaparkan di blog ini.....hanya sekadar pandangan peribadi sahaja, tiada kena mengena dgn insan2 lain di dunia ini...
Cabaran..memang terlalu byk cabaran yg pernah aku tempuh dan it still keep coming and going..ceewahh..speaking london plak...huhu
Cabaran hidup..perlu kita tangani atau tinggalkan saja..umpama kita nak melompat di longkang yg lebar, kalau takut kita blah,tapi kalau berani kita lompat je lah..dan semasa kita nak melompat tu mesti ada yang kata, 'jangan, jangan lompat Hawa, nanti jatuh' dan ada yang kata, "it ok hawa,cuba lompat"...so nak dengar yang mana?..Jawapannya terletak di tangan Hawa lah..sape Hawa tu??hehehe...

ni lah gambo mak aku dengan beberapa pemimpin negara......Mak!!!!!! sayang sangat kat makkkkkk!!!!!Selamat hari lahir!!!!!
Ibu,
Bagai rembulan yang bersinar di pentas dunia
Kaulah cahaya, kaulah penyeri hidup anakmu ini.
Ibu,
Kehadiranmu amat diperlukan
Dakapanmu memberi aku kekuatan
Senyumanmu memberi seribu kemanisan
Ibu
Janganlah kau bersedih
Kerana kesedihanmu melukakanku
Ku pohon pada Ilahi agar ibu kesayanganku terus mengukir senyuman kebahagiaan selamanya…
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa